Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan masalah komuniti Syiah Imamiyah yang menghadapi tuduhan dan penghinaan tidak berasas setelah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Hawzah Imam Ridha serta timbulnya beberapa bantahan terhadap JAIS, pemimpin persatuan Ulama Malaysia (PUM) Syaikh Abdul Halim Abdul Qadir sempat menghadiri sesi dialog bersama Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi.
Dalam pertemuan ini kedua belah pihak sebulat suara bahawa perpaduan pengikut mazhab-mazhab dalam Islam sangatlah penting ketika ini. Kewujudan individu jahil dan fanatik dalam masyarakat yang berbilang kaum menjadi batu penghalang gagasan penyatuan ini. Sempena minggu perpaduan di Iran yang diistiharkan oleh Imam Khomeini, dan gagasan Majma' Taqrib Bainal Mazahib yang diasaskan pemimpin revolusi Islam Iran menyatakan tuduhan berat yang dilemparkan terhadap Syiah boleh menimbulkan rasa tidak senang empat ratus juta pengikut Ahlul Bait (a.s.) di seluruh dunia. Beberapa perkara penting seperti meluaskan kebudayaan perpaduan Islam di Malaysia turut dibincangkan.

Berita ini dalam bahasa Parsi: